Alhamdulillah..sedar tak sedar usia kandungan sudah lebih 4 bulan. Setakat ini wife dah takde loya-loya. Makan ubat yang Doktor berikan je. Aku takut nak beli vitamin tambahan yang lain sebab wife aku mungkin tak serasi. Aku percayakan Doktor yang merawat wife aku. Tapi mungkin nanti aku akan cuba cari makanan tambahan macam air soya bean ke..apa-apalah untuk membantu proses pertumbuhan dan perkembangan kandungan. Setahu aku waktu ni adalah waktu perkembangan otak dan anggota badan baby. So aku nak dia jadi pandai dan kuat dalam perut mama dia tu.
Cuma dalam dua minggu kebelakangan ni, wife selalu mengadu sakit perut dan hari tu bleeding lagi. Aku risau gak.tapi mungkin 'dia' saja nak test kami. Bila scan takde apa-apa. InsyaAllah..baby akan sihat. Doakanlah semua.
Wife masih lagi tinggal di rumah mertua aku (mak dia la) di Gelang Patah. Secara tak langsung aku jadi 'bujang' sementara. Niat hati tahun baru ni nak bawak dia balik tapi memandangkan keadaannya yang bleeding hari tu aku tangguhkan dulu niat aku. Mak dia mesti tak bagi juga. Takpelah berkorban apa saja.
Aku selalu gak nak main-main dengan baby dalam perut tu. Wife kata kadang-kadang dia gerak-gerak. Tapi bila aku pegang, cium ..... senyap je. Agaknya sebab aku jarang jumpa..tu yang dia tak nak layan aku. Takpe. Dah besar sikit nanti mesti aku boleh main wrestling dengan dia (kalau lelaki lah) kalau perempuan aku ajak main masak-masak. Hahahahaha
Empat bulan..aku bersyukur
Wednesday, December 31, 2008
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 5:52 PM 1 comments
Bleeding !!!
Tuesday, December 23, 2008
Semalam 22 Disember 2008,wife tak kerja. Dia message aku pagi2 cakap x sihat.perut kejang. Aku pulak tengah Training 'Culture Of Excellence-Role Leadership' di Puteri Pan Pacific,JB. Tapi bila petang rupanya dia bleeding.dua kali. Alamak cuak gak. Nasib baik mak dan ayah (Gelang Patah) ada. So gi scan kt klinik, Doktor kata degupan jantung masih ada.Normal. Tapi aku macam tak puas hati. Aku suruh je wife baring sepanjang hari. So far Alhamdulillah..takde lagi. TQ mak dan ayah. Rasanya wife penat kot membantu Majlis Persandingan adik aku di Dewan Orang Ramai Yong Peng pada 21 Disember hari tu.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 7:06 AM 0 comments
Sebab adanya catatan semua ni
Friday, December 12, 2008
Ramai orang tanya aku kenapa aku tulis semua cerita dan perkembangan wife aku yang tengah pregnant. Mula-mula malas gak nak jawab. Tapi aku fikir baik aku bagitau sebabnya.
1.Sebab utama adalah kerana InsyaAllah..KAMI nak tunjukkan pada bakal anak kami nanti (bila dia besar)segala catatan ini padanya. Biar dia tahu segala usaha dan ikhtiar kami dalam membesarkan dia dari dalam kandungan sehingga dewasa. Biar dia tahu segala jerih yang kami lalui untuk melalui kehidupan ini. (poyo betul ayat!) dan biar dia tahu KAMI AMAT SAYANGKAN DIRINYA!! (sedih lak part ni). Dan InsyaAllah, dengan Camera Video Panasonic aku, aku akan ambil gambar dia dari lahir sehingga dia besar. Bukan setakat gambar statik sahaja. Baru dia tahu macamana dia dari bayi hingga dewasa.
2.Aku memang suka menulis dan menulis..dan menulis. Ini juga antara cara ibu bapa serta keluarga mengetahui perkembangan aku dan isteri. Kadang-kadang tak tercakap melalui telefon (maklumlah aku duk JB, family aku kat Yong Peng, Batu Pahat.
3.Tanda cinta dan sayang aku pada isteri dan anak-anak kelak. InsyaAlah, jika umur panjang, blog ini akan berterusan sampai bila-bila.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 8:27 AM 0 comments
Nampak dah bentuk baby!!
Thursday, December 11, 2008
Pagi-pagi lagi dalam pukul 7.15pm aku dah sampai Hospital Kerajaan Gelang Patah. Cute je bini aku pakai baju ngandung warna putih. Tak sempat nak amik gambar lak. nantilah.suruh dia pakai lagi. hahaha.
Rutin medical check up untuk 'Buku Merah'. Bagi yang pernah pregnant taulah. So far report biasa je. Cuma aku tak paham kenapa tekanan darah dan timbangan badan ada masalah. Tekanan darah turun dan berat cuma 41kg. Hmmmm...takkanlah!
Selepas tu terus ke Restoran di Nusa Perintis, makan jap la. Wife aku makan nasi lemak ayam. aku roti telur je. x berapa selera nak makan.
Dalam pukul 10.00 kami tiba di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Hari ni satu hari medical check up je. Sampai sana, Kak Long & Abg. Yus ada kat sana. Rupanya K.Long pun check up. Tak tau lak sakit apa.Lama gaklah tunggu. Aku biarkan wife aku duduk kat dalam klinik sementara aku berdiri di luar. Bila doktor panggil..Hmmmmm tak sabar aku nak tengok perkembangan baby.
"Wah..comelnya dia pakai baju tu!", ucapan pertama seorang Doktor yang cuba bermain psikologi kepada pesakit. Kena amik hati beb!!
Maka kami hanya tersenyum. Wife terus baring untuk scan.
Dan inilah hasilnya....
Cuba tengok betul-betul.Ada dua gambar yang sama sebenarnya. Satu clear sikit lah. Nampakkan??? Hehehe.Alhamdulilah. Aku nampak dengan jelas kepala, mulur, hidung, badan, tangan dan kaki. Tapi Doktor kata panjangnya baru 7cm dan berat berapa gram ntah. Kecik lagi rupanya. Excited seh! Masa mula-mula tekan untuk scan, baby macam melompat. Terkejut agaknya. Kami nampak dia bergerak. Ya Allah..best betul perasaan aku masa tuh. Terima Kasih Allah! terima kasih Sayang! Kita sama-sama doa biar semuanya selamat. Tak sabar nak main usik-usik, usap-usap perut Sayang lepas nih...hehehehe
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 1:09 AM 5 comments
Usia kandungan 3 bulan
Friday, November 28, 2008
Hari ni Jumaat,29 November 2008. Usia kandungan ketika ini dah lebih dari 3 bulan. Alhamdulillah. Gambar inik diambil sewaktu kami dalam perjalanan menuju ke tempat kerja (aku ambil & hantar wife ke tempat kerja, itulah salah satu rutin harian aku)
Tadi wife menyatakan kakinya lenguh-lenguh.Agaknya simptom biasa. Aku urut je kakinya. Perut pulak macam senak. Samalah kot. Aku tau sikit sikit je. Banyak membaca daripada internet. Wife aku pun ada subscibe kat satu website. Website tu akan email setiap minggu usia kandungan. Perkembangan yang sepatutnya berlaku, penjagaan ibu dan bayi, pemakanan dan senaman ringan. Baguslah. Kami pun bukan ada pengalaman penuh dalam hal ni. Cari sendiri je!
Selera isteri kurang sedikit minggu ni. Dia dah start makan ubat (Iron, Vitamin B complex dan acid folic) Hari tu Doktor advice untuk stop dulu takut ada alahan. SO far dia baru makan sejak semalam, itupun time nak tidur je. Loyanya juga dah berkurangan.
Lagi satu, dia teringin sangat nak tengok cerita 'Selamat Pagi Cinta'. Hmm..aku bukan apa, bukan taknak pergi, tapi hormati mak Abg. Yus (abang ipar) yang baru meninggal semalam. Tak elok rasanya bersuka-suka. Next time ye sayang. Lagipun Pengarah cerita tu, Norliana Shamsudin, adalah jiran aku di Yong Peng. Mana tau dapat DVD free. Hik hik hik. Rezeki budak tu..anak murid mak tu..kan mak?
Itu sahaja perkembangan setakat ni.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 6:57 AM 0 comments
Tekanan darah turun!
Tuesday, November 25, 2008
Hari ni wife aku half day kerja. Selepas cek di Klinik Manisah, Gelang Patah, Doktor menyatakan tekanan darah wife aku turun lagi.Semalam di Klinik Desa tekanan darahnya 80. Hari ni dah 70. Hisshhh risau lak aku. ADA SAPA-SAPA BOLEH ADVICE TAK? NORMAL KE? Kandungan dah mencecah 3 bulan. Ya Allah..Berilah kekuatan kepada isteriku dan kesejahteraannya serta kandungan Ya Allah!
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 5:37 AM 2 comments
Rutin pemeriksaan di Klinik Desa Gelang Patah
Monday, November 24, 2008
Hari ini 10 November 2008. Tepat pukul 8.15am kami tiba di Klinik Desa Gelang Patah. Rutin pemeriksaan kali kedua di sini. Nasib baik tak ramai. Semasa pemeriksaan, kawan baik aku, Kapten Raja Khalil telefon menyampaikan berita yang wife nya juga mengandung dua bulan. Wah nampaknya kami sama-sama akn jadi bapa kelak. InsyaAllah. Suka betul dia. Rupnya aku tak bagitau dia yang wife aku pun pregnant. Dua-dua suka.
Staff Nurse menyatakan tekanan darah wife aku turun. Nasib baik tak apa-apa. Alhamdulillah.22 Disember nanti datang lagi. Sehari selepas Uda kahwin. Hmmm..kenalah jugak balik cepat.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 2:52 AM 0 comments
Scan progress 9 minggu,6 hari
Friday, November 14, 2008
Waktu ni 'Fetus' berpusing ke dalam. Usia kandungan 9 minggu 6 hari. So x nampak dengan jelas keadaan sewaktu mula-mula scan. Aku & wife nampak. Korang je yang tak nampak. Hehehe. Malulah kot dia. Tapi kalau perhati betul-betul..bentuk dah mula ada. Thank You Allah!!
Doktor kata plasenta sudah mula membentuk di sekeliling fetus. Dan selepas ini fetus akan terus mendapat makanan melalui tali pusat yang sedia terbentuk. Lebih kurang macam tulah. Aku dulu science/biologi x berapa terror. Apapun..syukur!
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 1:54 AM 1 comments
Muntah dan mual yang teruk
Thursday, November 13, 2008
Semalam Sayang macam nak pitam dalam pukul 2.00pm. Itupun Kak Long yang bagitau aku. Nasib baik aku pun masih MC. Lalu akupun telefon wife aku (sebab aku tak duk sama dgn dia).
"Sayang ok tak ni?", tanya aku.
"Tak lalu nak makan la..ada lauk berkuah..nak muntah", jawabnya lemah.
Hati mula risau.
"Abis, nak B belikan apa? makanlah nanti lagi x sihat"
Lama gak aku tunggu jawapan dia. Memang agak susah untuk dia pilih makanan. Macam tu lah.
"BELIKAN ZINGER BURGER DGN WEDGES KFC EH!"
Hmmmmm...apa aku nak cakap ek?..
Agaknya dia mengidam kot. Sebenarnya daripada hari tu dia mintak. Aku je yang tak beli-beli.
Last-last dengan badan aku yang masih lemah (demam selesema), ku gagahi juga ke KFC dekat ngan umah dia (area CIQ, orang Gelang Patah taula).Aku tapau sekali nugget. Lapar gak, dari pagi tak makan.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 6:48 PM 1 comments
Injection terakhir di Puteri Specialist
Tuesday, November 11, 2008
Alhamdulillah..usia kandungan sudah 9 minggu dan 6 hari. Lebih kurang 2 bulan lebih. Semalam kami seperti biasa kami ke Puteri Specialist. Sampai dalam pukul 2pm. Tapi Doktor Noor Aini sampai dalam pukul 3.45pm,ada emergency operation katanya. Aku dah la mengantuk. Semalam pergi tengok wayang 'James Bond, Quantum of Solace'.Member aku yang kerja Celcom bagi tiket free. Pastu lepak-lepas sampai pukul 3am. Ngantuk wooo..
Hari ni buat pertama kali dalam sejarah hidup aku bila Dr.Noor Aini tunjuk result scan. Aku nampak bentuk seperti tangan dan kaki baby kami. Gembira tak terkata. Dr. siap kejutkan baby "Assalamualaikum..assalamualaikum.bangunlah" dia kejutkan baby kami. Hehehe..macam nak menitik air mata tengok kebesaran Allah. InsyaAllah ye Sayang..Allah Maha Pemberi Rezeki. Tahun depan kita dapat tengok yang real punya. Kalian semua doakan lah kesejahteraan kami dan baby pertama kami. Sekali time nak print scan result..baby boleh pusing lak so gambar tak clear." Malulah tue!", kata doktor.Nanti aku dah scan gambar tu aku upload ke sini.ok
Tapi timbang kat Puteri Specialist, back to 39kg je. Biar betul! last 41kg. Agaknya pasal demam hari tu tak. Yang peliknya, timbang kat Klinik Kerajaan 41.7 kg! Hmmm..tak paham aku mana yang betul.
Lepas tu Doktor kata hari ni last inject. Lagi sebulan baru datang untuk medical check up je. Bagusla..'ongkos' pun tengah sesak ni. Rezeki! So far aku dan isteri berpuas hati. Baru nak ambil gambar doktor. Ah,bulan depan pun bolehlah. Terima Kasih Doktor Noor Aini!
Aku terus telefon mak aku bagi report.Mak tak bagi excited sangat. Aku memang berfikir begitu, tapi hati ini terlampau excited.Sorry ye mak. Tapi ketentuan di tangan Allah.InsyaAllah! Doakan kami ye mak!
Esok ada rawatan normal di Klinik Kerajaan Gelang Patah lak. Rawatan pertama (ambil air kencing, cek darah dan kesihatan) So far ketika catatan ni dibuat, kami baru balik. Tak ada apa-apa masalah.11 Disember datang lagi. tapi aku tak dapat kerja hari ni. Demam selesema. Hehehe.Dah lama tak demam. Layankan..syok jugak.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 7:00 PM 2 comments
selesema dan mengidam
Thursday, November 6, 2008
Hari ni dah 9 minggu usia kandungan wife aku. Alhamdulillah setakat ni tak ada apa-apa masalah. Cuma dah dua hari Sayang aku kena selesema. Kesian aku tengok. Nak bagi makan panadol je, takut tak boleh. Aku decide nak bawa dia gi klinik malam ni. Doktor lebih tahu apa yang patut dimakan.
Lagi satu..wife aku kali ni nak makan Zinger burger lak.Alaa...yang Kentucky Fried Chicken tu. Besar-besar ayam dia. Nampaknya petang ni sebelum gi klinik kenalah singgah KFC.Aku tengok wife aku kuat makan sekarang. Tapi kena tengoklah jugak apa yang dia nak makan je, baru dia makan banyak. Soya bean yang dia mintak tu bukan soya bean biasa..nak yang CNI punya. Aku kena call En. Rosli, ejen CNI yang kat Taman Universiti untuk order. Dia ni macam abang aku (sebab dia dah tua) hehehe. masa kerja kat RHB Bank dulu. Tapi tak tau bila. Aku ingat start 3 bulan usia kandungan baru aku beli lah.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 5:35 PM 0 comments
Macam nak demam je dia..
Wednesday, November 5, 2008
Wife msg bgtau yang dia selsema dan sakit tekak. Macam nak demam je. Cian dia. Dahlah tak jumpa hari ni. Takpe. Tahan sikit eh. Esok 'Abang' datang sana.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 6:54 AM 0 comments
Scan progress
Tuesday, November 4, 2008
Kandungan berusia 4 minggu 2 hari.Masa ni tak nampak apa-apa. Hanya kantung sahaja.( itu yang Doktor beritahu la)
Kandungan berusia 7 minggu 5 hari. Waktu ni dalam minggu lepas. Kira waktu post ini dibuat wife aku sedang pregnant 8 minggu 6 hari ( Kalau ikut kiraan Doktor ).Masa ni dah nampak denyutan jantung walaupun perlahan. Size baby pun dah ada sikit. Kira ada perkembangan. Berat wife aku pun naik satu kilo setiap minggu.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 5:09 PM 1 comments
Pregnancy checkup - minggu ke 8 hari ke 5
Semalam 4 November 2008. Semalam juga saya disandingkan dengan isteri tercinta Rasidah Bt.Othman di Yong Peng 2 tahun lepas. Terima kasih ahli keluargaku.
Hari ini juga appointment seperti biasa di Puteri Specialist, Johor Bahru untuk prengnancy checkup. Tapi appointment kali ini cuma injection sahaja.Aku lupa nama injection tu. Nanti dah ingat aku tulis. So kali ini tak ambil banyak sangat masa. Adalah setengah hari sebab ramai orang. Ingatkan kat Klinik Kerajaan je ramai.Buat masa ni isteri masih muntah-muntah. Kali ni loya dia lebih-lebih sikit. Kuat makan pulak tu.Hmmm..takpelah.janji mama dan baby sihat.Hehehe.
Hari Isnin lepas dia kena sembelit.Hehehe. :) sian dia.So gi klinik. Pastu beli Vitamin C Chewwies.Adalah dalam RM19.90 untuk dua botol.Patutnya kena beli gak Fybogel. Lucah lak nama dia.kah kah kah. Tapi stok tak ada.Chewwies tu adik dia,Rafidah pernah guna. Skang ni pun menunggu hari untuk bersalin anak pertama. Bertuah mak mertua aku..tiap-tiap tahun menimang cucu. Harap-harap mak dan ayah aku dapat timang cucu tahun depan.Amin.InsyaAllah.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 5:33 AM 0 comments
Nak makan roti kat Auntie Anne's
Friday, October 31, 2008
Hari ni wife kesayangan aku yang comel tu nak makan Pretzel, roti bentuk macam gelang. pastu cicah manisan. Dari kedai roti Auntie Anne's. Dia mintak sebab aku duty kat City Square, Johor Bahru. Kat JB nie, cuma ada satu je kedai tu kat City Square. Tapi aku tak dapat nak beli. Bukan tak nak..cuma sebab malam ni aku tak tido umah mak mertua aku. So nanti kalau aku belipun, kalau tak roti tu jadi keras..ataupun aku je yang melantak.Hehehe. SO aku pujuk wife aku " Hari Selasa depan kita beli ye lepas medical check up..ye Sayang..." Nasib baik dia kata "OK B". Wife aku ni tak banyak kerenah. Cuma morning sickness dia kali ni teruk..Muntah-muntah dan tak selera nak makan. Aku pun tak tau apa yang dia selera. tengok makanan je loya.
Hari semalam dia kata bosan minum susu Anmum chocolate flavour. Nak minum air soya bean pulak. Semuanya aku janji minggu depan. Sebab aku busy sangat. Dia faham. Aku bersyukur dapat dia. Baik orangnya. Tak pernah melawan. Hehehe..Alhamdulillah.
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 12:09 PM 1 comments
3rd Medical Check Up - Heart Beating and I saw our Baby!!
Tuesday, October 28, 2008
Semalam merupakan hari yang paling gembira untuk kami berdua. 28 Oktober 2008, semalam aku ada dua berita gembira.
Satu, semalam merupakan Anniversary Day yang ke dua ( Ulangtahun perkahwinan aku dan isteri aku la ). Alhamdulillah.setakat ini kami bahagia dan aku berharap agar kami akan terus berkekalan seperti ini. I love you my dear. Teringat masa lafaz akad nikah dulu..best wooo perasaan tu. Tak pernah aku menerima tanggungjawab sebesar itu.
Kedua, semasa medical check up di Puteri Specialist semalam, Doktor Noor Aini menunjukkan aku satu keajaiban yang aku tak pernah lihat.Hehehe. Degupan jantung anak aku yang dalam kandungan. Semalam genap 7 minggu 5 hari usia kandungan. Dah boleh nampak. Saiz bayi masih kecil. Hanya sebesar ibu jari. Aku manalah pernah nampak.kan anak sulung. Kira excited gaklah...Alhamdulillah. Isteri aku pun suka. Setakat ini tiada apa-apa masalah. Minggu depan kena injection je, tak perlu scan dulu. After next week baru kena scan lagi sekali sebab dah masuk 3 bulan.Kalau ikut sejarah kandungan yang pertama gugur dulu mungkin kerana tiada pengalaman, wife aku main hentam je buat kerja-kerja berat. Rahim pun tak kuat agaknya. Aku inat lagi waktu tu aku tengah kerja. Baru 2,3 hari aku di UEM Land Berhad ni. Aku dapat panggilan daripada wife aku menyatakan darah banyak keluar. Semasa tu dia ada di rumah maknya di Gelang Patah. Bila aku sampai rumah, wife aku dengan tenang menyatakan yang dia dah gugur. Aku pasrah. Bila aku tengok kat bilik air kelihatan seperti segumpal bentuk (seperti hati) sebesar penumbuk. Aku tak tau nak buat apa. Nasib baik mak mertua aku ada. Dia minta aku bawa wife aku ke hospital dulu. yang kelakarnya aku sempat makan dulu. Yelah..lapar. Mak aku yang tanam kat pokok tepi rumah. Kena cuci juga wife aku masa tu di Hospital Sultana Aminah, Johor Bahru.
Kali ke dua gugur langsung aku tak sempat nampak apa-apa. Sebab bleeding yang banyak juga. Usia kandungan menjangkau 9 minggu. Masa tu di rumah sewa, Lima Kedai. Aku ingat biasa je. Terus bawa rumah mak mertua aku bagi rehat. Satu hari gak dia baring. Tapi dia kata darah masih keluar. Sekali lagi aku pasrah dan aku rasa memang tiada rezeki lagi kali ini.Setelah menjalani pemeriksaan di HSA, memang sah gugur.
Kini setelah 7 bulan wife aku di sahkan mengandung lagi. Kali ni aku jaga betul-betul. Awal-awal aku dah hantar dia ke rumah mak mertua aku. Biar dia betul-betul sihat. Bukan aku taknak jaga. Tapi mak dia lagi boleh tengok-tengok. Aku kerja tak tentu masa. Sabtu Ahad pun kerja. Pemakanan..environment mempengaruhi juga. So biarlah dia kat rumah mak mertua aku. Setakat ni Alhamdulillah. Aku akan me'report' dari minggu ke minggu perkembangannya...
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 6:35 PM 1 comments