skip to main | skip to sidebar

Subscribe Now: standard

 Subscribe in a reader

HOME

  • Kembali ke laman utama

About me

My Photo
Mohd.Noor Azam bin Ateh.
Chitrabirue1.blogspot.com dikendalikan oleh penulis sendiri.Blog yang berkisar kepada pandangan bebas penulis terhadap apa yang berlaku di sekitar serta diri & keluarga.Pendapat yang lebih bersifat peribadi. Penulis merupakan seorang Eksekutif Jualan di Nusajaya Development Sendirian Berhad anak syarikat UEM Land Berhad. Mengendalikan proses jualbeli perumahan di Nusa Idaman dan beberapa projek sekitar Nusajaya,Johor Bahru.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2009 (14)
    • ► May (1)
    • ► April (2)
    • ► March (4)
    • ► February (2)
    • ▼ January (5)
      • First time beli barang baby
      • Batuk teruk dan demam minggu ini
      • Keturunan aku akan berkembang..
      • Stay satu minggu di rumah sendiri
      • Nak makan buah delima
  • ► 2008 (16)
    • ► December (4)
    • ► November (10)
    • ► October (2)

Gambar terbaru 8 bulan

Gambar terbaru 8 bulan

My New Heritage

Keturunan aku akan berkembang..

Tuesday, January 13, 2009

Hmm..lama gak tak update.Semalam 13 Januari 2009, Selasa pagi-pagi kami dah keluar rumah. Lebih kurang pukul 6.40 pagi. Nak tau gi mana? nak gi bawak 'Mamy' baru ni ke Klinik Pergigian Kerajaan di Jalan Mahmudiah, Johor Bahru. Dah dekat 3 hari dia mengadu sakit gigi. Rupanya gigi belakang dah berlubang. Sian dia. Orang pregnant kalau sakit gigi bahaya gak. Tapi x tau ble cek atau pun tak.

Tengah jalan, boleh jem pula. Sabar je la. Kami berhenti sarapan di Jalan Sungai Chat dekat dengan Dataran JB. Last sekali sampai klinik pukul 7.45 pagi.Nasib baik tak ramai. Memang tak pernah gi sini pun. Tunggu punya tunggu samapai lah turn dia.No .1006. Tapi tak sampai 15 minit dah kuar. Aik..kata tampal gigi.

"Dr. kata tak boleh dulu. sebab lubang dah dalam. Nanti kena nerve (saraf) lagi susah", kata wife aku.

Kena datang bila kandungan usia 5 bulan. La..lagi 3 minggu gak. Sian isteri aku. Boleh ke dia tanggung sakit tu???? MC pun tak dapat. Macamana ek..last-last gi scan je la perut. Nanti boleh tau perkembangan walaupun agak lama tak gi scan. Boleh dapat MC lagi (kes malas keje ni)aku memang cuti hari semalam.

Balik umah aku masakkan bubur special untuk wife. Pandailah sikit. Ala bubur je.

Kami ke Klinik Perbidanan Tan di Tun Aminah pukul 6 petang. Masa scan aku tanya doktor, laki ke pempuan. (tak sabar nak tau). lepas doktor belek-belek, walaupun masa tu kedudukan baby meniarap.Akhirnya.........

LELAKI !!!!!!!

Alhamdulillah..kalau betul lelaki,aku suka. Tapi tak kisah pun. Janji baby sihat. Wife pun tersenyum. Ye lah.. di kalangan sepupu dan keluarga ipar, semua anak sulungnya PEREMPUAN, kalau betul lelaki..maka anak kami akan jadi LELAKI pertama dalam keluarga (macam akulah anak sulung lelaki).

Malam sebelum tidur, aku pun usik-usik baby dalam perut. Maka setelah lama menunggu hari ni 14 Jan 2009 baby mula membalas bisikan aku dekat 10 kali. Jap jap gi tepi..jap jap gi tengah..SubhanAllah best betul perasaan aku. Lama aku tunggu. Bila aku panggil 'baby sayang...papa ni', dia menendang juring ( Budak silat Gayong tau la ) banyak kali kat muka aku. Hehehe best tul. Dia nak main ngan aku. Alhamdulillah.

"Ya Allah..Kau peliharalah isteriku serta kandungannya dan hindarkan daripada hasutan syaitan yang direjam.Amin"

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 11:29 PM  

4 comments:

Ateh Salim said...

Ayah dan mak mendoakan semuga semuanya sihat dan selamat. Jangan lupa jaga pemakanan, kerana pemakanan yang sihat akan menghasilkan bayi yang sihat. Disamping itu banyakkan berdoa....doa yang baik-baik! Kalau boleh selalu sembahyang sunat. Bacakan ayat-ayat suci untuk bayi yang akan lahir. Sebaik-baiknya surah yassin atau surah Yusuf atau surah Mariam. Begitulah seronoknya menanti kehadiran 'orang baru'. Semoga abang dan isteri sabar dan tabah menghadapi kehidupan. Bila ada anak nanti, bertambahlah tanggung jawab, namun akan terasa kehidupan ini sungguh bermakna.

January 14, 2009 at 12:24 AM  
Unknown said...

alhamdulillah..tahniah ye....tak sabar nak tunggu baby keluar!..hehehehe...kene simpan duit ni nak bg baby hadiah...baby aj eye..bukan bapak baby..

January 15, 2009 at 4:08 PM  
Hernee Nazir said...

bestnye..semlm seed ade inform gak..dpt baby boy..jage elok2 tau..

January 15, 2009 at 5:32 PM  
Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Terima kasih semua. Doakan yang terbaik!

January 16, 2009 at 6:51 PM  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License