Jumaat 9.30am - Aku mendapat message daripada wife menyatakan perutnya sakit sangat. Bergegas aku memandu daripada ofis Nusa Idaman ke PTP. Dalam hati hanya mampu berdoa agar kejadian tahun lepas tidak berulang lagi. Setakat ni tak pernah dia mengadu sakit perut yang teramat sangat.
9.45am - Sampai di PTP. Wife baru keluar Klinik PTP. Doktor kata tak ada apa-apa. Tapi aku tak sedap hati. Aku menyarankan agar mempercepatkan temujanji di Puteri Specialist ke hari ini. Sepatutnya kami ke sana pada 17hb ini. Setelah telefon klinik, kami buat appointment pukul 2.30pm (sebab hari ni Jumaat). Aku hantar wife ke rumah mak Gelang Patah. Bagi dia rehat. Aku kembali ke ofis menyelesaikan kerja yang tertinggal.
2.00pm - Kami menuju ke Puteri Specialist.
2.35pm - Kami tiba di Hospital. Aduiii ramainya orang. Nak parking pun susah. Adalah dalam 8 orang yang menunggu. Aku cuba buat lawak sikit. Biar wife tak susah hati. Muka macam nak menangis. Aku katakan padanya, apa pun yang berlaku kita harus terima. InsyaAllah semuanya selamat. Kira-kira pukul 4.00pm baru nama kami dipanggil. Dengan tenang kami masuk ke dalam klinik.
4.01pm - Apabila doktor Noor Aini bertanyakan khabar, terus wife kata sakit perut sangat la..macam nak PERIOD! Haaaa...terkejut aku. Tadi dia tak cakap ngan aku macam tu. Aku dah fikir yang bukan-bukan. tapi aku cuba simpan wajah risau aku. Taknak nanti wife aku takut gak. Cool brader!
Doktor minta wife baring dan buka seluar semua. Aiikkk...aku pulak yang malu. Kih kih kih. Aku kena duduk di sebalik tabir. tapi aku dapat lihat scan yang dibuat. Baby ada. Keadaan terlentang dengan tangan terbuka. Tapi tak berapa nak faham la.
"Baby songsang ni dik!", kata-kata doktor yang pada aku umpama petir masuk ke telinga. Astaghfirullah..macamana ni..
Aku dengar Doktor memasukkan sesuatu ke dalamnya. Mengharapkan baby akan lebih tenang dan tidak banyak bergerak.Aku hanya dapat berdoa dan berselawat.
"Macam ni lah..pergi test air kencing, lepas tu naik Level 2 cek heart beat baby."
4.15pm - Setelah buat ujian air kencing, kami menuju ke level 2.Kami disuruh masuk satu bilik yang aku tengok macam wad, tapi hanya ada 1 katil. Wife diminta baring. Tak lama kemudian seorang Nurse (macam makcik-makcik la) datang dan meletakkan sesuatu ke atas perut.
"Dah nak bersalin ke dik?", tanya nurse
"Eh..belum lagi rasanya. baru masuk 7 bulan", kata kami hampir serentak. Dalam hati risau gak.
"Hmm..biasanya kalau kes-kes macam ni ada kemungkinan kelahiran pra-matang"
Haaaaa..dalam kepala aku macam-macam pikir. Kalau kena tahan wad confirm entah berapa kena dan mesti kena bedah sebab PAKSA untuk bersalin. Berapa ribu agaknya. Mana nak cekau nih????!!!!Lepas tu apa possibility nya nanti. Macamana dengan baby? macamana dengan wife aku. Okey ke dua-dua nanti? Ya Allah. Aku pulak tak prepare barang-barang baby lagi. Adalah dua tiga jenis yang dah beli. Aku pasrah. Tak boleh risau sangat. Aku cuba senyum. Biar wife aku tenang.
Tapi itulah kelebihan Hospital Swasta dan Kerajaan. Staff nya sungguh friendly yang aku rasa tak macam kat Kerajaan. Bukan tak support tapi semua orang tau. Keramahan Mak Wati (Nurse) membuatkan isteri aku tersenyum dan relaks.
Tapi aku ada pesan perlahan-lahan pada wife...
"Sayang..kalau takde rezeki kita lagi sekali ni..redha ye Sayang" Aku kena bagitau sebab tak nak dia terkejut walaupun aku tau dia mesti akan meraung gak kalau keputusannya tak bagus.
Setelah menunggu hampir 10 minit..masih tiada dengar degupan jantung baby. Alamak..macamana ni..Aku doa banyak-banyak. Mak Wati kata jangan diusap-usap perut selalu sebab salah satu sebab kontraksi adalah kerana usapan. Bila baby geli dan bergerak aktif..banyak kemungkinan akan berlaku.
Namun, Allah Maha Hebat..akhirnya kami dapat dengar jugak buat pertama kalinya degupan jantung baby kami. Lajunyaaa..macam bunyi orang tolak trolly. Hehehe
Semasa keluar dari bilik itu baru kami tahu itu adalah Bilik Bersalin. Huiissshh...
4.50pm - Mak Wati datang memberikan khabar gembira. Kandungan ok. Alhamdulillah. Kami diminta menuju ke Bilik D. Noor Aini semula.
5.24pm - Kami baru dapat berjumpa setelah kena menunggu sebentar. Doktor kata kemungkinan sebab kandungan masih 7 bulan jadi masih ada ruang kosong yang menyebabkan bab bergerak aktif. Tu yang berpusing. So far wife dinasihatkan berehat dan jangan tension-tension. Selepas itu kami mengambil ubat.
5.50pm - Kami pulang ke rumah dengan senyuman kerana inilah hari yang menduga kami sepanjang tempoh mengandung ini. Kopak duit kena RM350.00 untuk pemeriksaan hari ini. Nasib baik ble claim. Tak kisahlah...apa saja untuk Sayang dan Baby. Terima kasih kepada semua yang message dan mendoakan kami terutama mak dan ayah serta kawan-kawan.
Diari Hari Jumaat yang mendebarkan
Friday, March 13, 2009
Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 9:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
perghhh time kasih kat mak ayah & kawan2 aje?? adik beradik xde sebut pon...yelaaaaaaaaaaaaa
Alamak..lupalah pulaks. Tidak dilupakan kepada adik beradik yang banyak menyokong sehingga kami sampai ke tahap ini. Hehehe
Post a Comment