skip to main | skip to sidebar

Subscribe Now: standard

 Subscribe in a reader

HOME

  • Kembali ke laman utama

About me

My Photo
Mohd.Noor Azam bin Ateh.
Chitrabirue1.blogspot.com dikendalikan oleh penulis sendiri.Blog yang berkisar kepada pandangan bebas penulis terhadap apa yang berlaku di sekitar serta diri & keluarga.Pendapat yang lebih bersifat peribadi. Penulis merupakan seorang Eksekutif Jualan di Nusajaya Development Sendirian Berhad anak syarikat UEM Land Berhad. Mengendalikan proses jualbeli perumahan di Nusa Idaman dan beberapa projek sekitar Nusajaya,Johor Bahru.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ▼ 2009 (14)
    • ▼ May (1)
      • Sayang dah 9 bulan
    • ► April (2)
      • Isteri pitam dan jatuh
      • Hari Hospital Sedunia
    • ► March (4)
      • Beli lagi barang baby..
      • Diari Hari Jumaat yang mendebarkan
      • Kecemasan di hari Jumaat
      • Kehidupan semakin ceria
    • ► February (2)
      • Buat 4D scan
      • Kandungan berusia 23 minggu
    • ► January (5)
      • First time beli barang baby
      • Batuk teruk dan demam minggu ini
      • Keturunan aku akan berkembang..
      • Stay satu minggu di rumah sendiri
      • Nak makan buah delima
  • ► 2008 (16)
    • ► December (4)
    • ► November (10)
    • ► October (2)

Gambar terbaru 8 bulan

Gambar terbaru 8 bulan

My New Heritage

Sayang dah 9 bulan

Tuesday, May 12, 2009

Hari ini 12hb May 2009 sayang dah sembilan bulan pregnant. Hmmm..tak sabar rasanya. Nunggu masa je nih. Tapi kalau ikut doktor ujung bulan baru expected date. Pastu bercanggah antara dua Doktor laks.isssshhh pening aku. Aku tak kira. Kalau ikut cakap mak aku orang pempuan bersalin 9 bulan 10 hari. So maknanya esok dah start 9 bulan 1 hari. Lagi sembilan hari la maknanya. Hari apa ek...ooohhh hari Jumaat 22hb May 2009. Kita tunggu je lah nanti.

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 7:01 AM 0 comments  

Isteri pitam dan jatuh

Wednesday, April 22, 2009

Hari ini amat menakutkan kami berdua. Hari ini kami berdua cuti. Wife masih tak sihat kerana demam selesema. Aku memang off day.

Waktu itu aku masih mengemas rumah kerana tak lama lagi kami akan mendapat orang baru dalam keluarga kami. Wife tengah tidur dalam bilik sebab tak sihat. Dalam aku tengah lepak-lepak kat balkoni rumah setelah penat mengemas tiba-tiba aku terdengar suara jeritan wife. Dan ketika itu kelam kabut dengan telefon tiba-tiba berbunyi. Aahhh aku tak hiraukan bunyi telefon tu..aku terus berlari menuju ke bilik menyangkakan sesuatu berlaku..ingatkan nak bersalin! Tapi wife takde dalam bilik..Sudah..mana dia ni.Aku panggil lagi.Rupanya dia dalam bilik belakang terduduk sambil menangis!

"Kenapa sayang?"
"Sayang jatuh! pitam tadi. Gelap matalah!"

Ya Allah..berderau darah aku. Aku lantas memegang perut dan mata terus tertumpu pada kakinya dan lantai..takut-takut ada darah. Alhamdulillah takde. Aku pimpin wife ke depan dan baringkan. Perut keras! Aku cuba tanya dia macamana boleh macam tu. Sempat gak aku minta maaf sebab tak pimpin dia ke bilik air tadi. Aku tak sedar! ada sedikit kesal. Aku panik. Aku tekap telinga kat perut. Degupan lemah! Aku cuba sedapkan hatinya..Takde apa-apa Sayang!

Wife minta aku telefon Kak Long atau mak. Aku seram gak nak call. Takut kena marah sebab tak jaga betul-betul. Telefon ku letak balik.Hmmm..apa nak buat ek???

Haaa..aku terus telefon Puteri Specialist..nak set appointment untuk scan.Berapa kosnya tak tau..ahhh..duit boleh standby..yang penting baby ok dan isteri sihat. Ku lihat isteri menangis teresak-esak. Aku rasa baby pun tengah menangis menahan kesakitan akibat jatuh tadi.

"Sayang..kita gi Klinik la.Scan eh. Takde apa-apa ni. Tapi kita cek je" Aku cuba sedapkan hatinya walaupun aku pun hampir menangis takut ada apa-apa yang berlaku.

"Iman...Iman kuatkan sayang..tahan skit eh. Jap lagi Papa ngan Mummy bawak gi Klinik. Iman kan kuat..Jangan risau ye sayang", aku cuba bercakap dengan baby dalam perut. Ku rapatkan mulut aku ke perut wife.

Kami lantas bersiap. Kak Long telefon dan menyarankan ke Hospital Kerajaan Gelang Patah dahulu. Takut kalau gi Puteri Specialist terus kena masuk wad..besar gak kos tu. Yelah..kami pun plan nak deliver di Hospital Kerajaan je. Kami terus ke sana.

Sampai je dalm pukul 1.30pm..Hospital tutup!!! Ahhhh..macamana ni. Wife minta aku masuk jap. Cek kat Bahagian Kecemasan. Bila aku masuk je ada makcik cakap "Bukak pukul dua ye!"

Aku cuba minta belas kasihan dan menerangkan ini kecemasan. Lantas dia kata masuklah. Alhamdulillah. Aku bawa isteri masuk. Laa...Cleaner je makcik ni. Tapi siap jerit-jerit kat pesakit..Sabar! Sabar! kami terserempak dengan seorang nurse dan minta belas ihsan untuk dipercepatkan check up. DIa kata ok doktor ada lagi ni. Kami berjalan dan tiba di depan bilik doktor seorang lagi nurse yang kebetulan ada terus cakap tak boleh ni. kena tunggu pukul dua!

KEPALA HOTAK KAU LA!

Tiba-tiba ada seorang perempuan keluar dari bilik check..

" Doktor..cek pukul dua kan?"
" Iye..saya nak rehat" YA ALLAH..napelah ada manusia macam ni kat dunia???

Aku dah start angin.

"Kalau pukul dua tak payahla. Kami ke Specialist Bandar!"

Wife minta aku bersabar. Alaa..lagi setengah jam je. Agaknya Nurse tu perasan aku tengah angin so dia buat-buat check darah dan air kencing wife serta degupan jantung.

Dipendekkan cerita..wife dapat jumpa doktor dalam pukul 2.20pm setelah 40 minit menunggu. Baik tak yah masuk bahagian kecemasan. Yang aku bengang Doktor dah depan mata dan kami dalam kecemasan boleh dia nak gi solat dan makan dulu!!!!! check cuma 15 minit je. Buatnya apa-apa berlaku aku memang plan nak saman hospital ni dan Kementerian Kesihatan. Tak payahlah aku cakap hospital mana. Tapi sapa yang tau...korang ble agakla.Aku istighfar banyak-banyak.

Keputusan..baby ok.Kepala dah di bawah. Aku dah cakap baby mesti kuat punya!! Alhamdulillah.. Doktor bagi rub ointment. Ubat sapu untuk sakit sebab jatuh. Lain takde. Kami pulang terus ke rumah mak Gelang Patah. Sampai je..mak terus sound...

"KO TERUS DUDUK SINI LAH..RISAU MAK!"

Hehehe aku dah agak dah. SO wife akan terus stay uma mak sampai bersalin. Dan aku..jadi bujang sekejap. Tapi aku akan tetap datang sekali-sekala untuk melihat keadaan wife.

Kepada isteri tersayang, walau apapun yang terjadi tabahkan hati. InsyaAllah takde apa yang berlaku. Jaga diri dan kesihatan. B akan datang selalu. Tak lama lagi sayang.Lebih kurang beberapa minggu lagi kita akan jadi PAPA & MAMA. Kuatkan semangatmu dan banyak berdoa serta selawat. Allah tetap bersama kita.AMIN!

I LOVE BOTH OF YOU!! TILL DEATH DO US PART..INSYAALLAH

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 5:55 AM 2 comments  

Hari Hospital Sedunia

Thursday, April 9, 2009

Hari ini adalah hari Hospital Sedunia..sebab apa dari pukul 7.30a pagi sampai membawa ke pukul 4 petang aku berada di dua hospital yang berbeza. Sebab apa..haa yang tu kita nak selidik ni..



Pagi ada medical check up kat Hospital Kerajaan Gelang Patah. Selalunya di Klinik Desa je sebabnya Nurse Klinik Desa tu kata darah wife aku rendah tekanannya. So itu yang menyebabkan penat. Jadi sebagai akibatnya kenalah menunggu kat hospital ni. Punyalah ramai mak-mak buyong termasuklah bini aku yang cute tu. Sebagai suami yang sentiasa menyayangi isteri serta baik (poyo) aku pun menunggu disebelah wife aku. Dalam lima minit baru aku perasan..nape aku sorang je lelaki yang wujud kat site ni???? Apsal laki diaorang tak hantar wife diaorang?dan aku dapat buat kesimpulan dalam masa yang cepat..”BAIKNYA AKU NI!” Hahahaha. Yelah takde pun lelaki atau suami yang ikut. AKu je yang terlebih rajin dan sebenarnya aku risau kalau ada apa-apa berlaku pada wife..aku takde sebelah dia. Jadi aku kena bersedia. Itu je faktor utama. Faktor lain aku kesian kat wife aku..nanti dia takde teman berbual (walaupun kat dalam tu beberapa kali aku terlelap..best wooo tidur kat atas kerusi menunggu ni)

Dalam pukul 10.30am baru siap cek. Doktor kata tekana dah ok sikit. Tapi kena banyak makan buah dan sayur-sayuran. Hmmm kena borong gi kedai buah ni.,,

Selepas tu kami pergi sarapan kat Taman Perling. Makan nasi lemak. Tak berapa nak sedap la dicampurkan dengan layanan towkey kedai ni. Sejuukkk je muka. Tak mesra pelanggan. Lepas makan kami terus ke Hospital Puteri Specialist. Sebenarnya temujanji hari Khamis..tapi disebabkan aku tak sabar nak tengok result scan dan ditambahkan dengan idea aku yang nak settlekan semuanya hari ni. Senang sikit!



Sampai hospital…Doktor Noor Aini takde. So kena gi tingkat 1 Bilik 18. Jumpa Doktor Laila. Sampai je..ALAMAK..No yang ke 40 giliran! Ramai betul. Semuanya kerana Doktor Noor Aini takde. Hmmm alang alang dah sampai tunggu je la.Seperti biasa aku menjalankan tugas aku..ZZZzzzzzz .Tunggu adalah dekat 3 jam lebih..cek nya tak sampai 15 minit.Itupun tak dapat buat 3D scan sebab Doktor Laila memang tak buat 3D scan. So buat yang biasa je.



Resultnya : Baby sihat. Sudah 1.3 kg beratnya. Panjang tak pasti lah.Oh ye berat wife sudah 50 kg. Wow….berat tu. Kedudukan baby, kepala sudah ke bawah. Hmmm sebab dah 8 bulan kot. Alhamdulillah semuanya ok!

Bila aku soal bila agak agak tarikh lahirnya doktor kata sama je macam sebelum ni. Awal bulan 6. Tapi mungkin 3 minggu awal atau 1 minggu lewat. Sebab statement kat screen scan dah tak ble caya. Pertumbuhan baby biasanya akan cepat selepas 30 minggu. Aku Tanya lagi lelaki ke perempuan. Yelah sebab kadang-kadang le berubah. Cek punya cek memang sah sekali lagi LELAKI YANG CUTE macam bapak dia. Hahaha. Sebab nampak telur. Doktor kata kalau jantina bertukar memang kuasa ALLAH la. Ajaib jadinya sebab memang dah confirm lelaki. Tak kisahla..namun kami memang dah prepare barang baby untuk lelaki punya. Blue in da house….InsyaAllah kami akan letak nama Muhammad Iman. InsyaAllah…



Ya Allah kamu murahkan lah rezeki kami ini dengan dikurniakan anak lelaki yang soleh serta berikan kekuatan kepada isteriku untuk melahirkannya ke dunia ini dan beroleh kurniaan panjang umur buat kedua-duanya serta sihat tubuh badan. Amin!

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 8:48 PM 3 comments  

Beli lagi barang baby..

Monday, March 30, 2009

Alhamdulillah tinggal lagi 1 bulan atau kata lainnya dalam masa 6 minggu lagi aku akan menjadi bapa dan wife aku akan jadi ibu. So persiapan harus dibuat lebih rapi untuk menyambut orang baru..






Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 7:24 PM 0 comments  

Diari Hari Jumaat yang mendebarkan

Friday, March 13, 2009

Jumaat 9.30am - Aku mendapat message daripada wife menyatakan perutnya sakit sangat. Bergegas aku memandu daripada ofis Nusa Idaman ke PTP. Dalam hati hanya mampu berdoa agar kejadian tahun lepas tidak berulang lagi. Setakat ni tak pernah dia mengadu sakit perut yang teramat sangat.

9.45am - Sampai di PTP. Wife baru keluar Klinik PTP. Doktor kata tak ada apa-apa. Tapi aku tak sedap hati. Aku menyarankan agar mempercepatkan temujanji di Puteri Specialist ke hari ini. Sepatutnya kami ke sana pada 17hb ini. Setelah telefon klinik, kami buat appointment pukul 2.30pm (sebab hari ni Jumaat). Aku hantar wife ke rumah mak Gelang Patah. Bagi dia rehat. Aku kembali ke ofis menyelesaikan kerja yang tertinggal.

2.00pm - Kami menuju ke Puteri Specialist.

2.35pm - Kami tiba di Hospital. Aduiii ramainya orang. Nak parking pun susah. Adalah dalam 8 orang yang menunggu. Aku cuba buat lawak sikit. Biar wife tak susah hati. Muka macam nak menangis. Aku katakan padanya, apa pun yang berlaku kita harus terima. InsyaAllah semuanya selamat. Kira-kira pukul 4.00pm baru nama kami dipanggil. Dengan tenang kami masuk ke dalam klinik.

4.01pm - Apabila doktor Noor Aini bertanyakan khabar, terus wife kata sakit perut sangat la..macam nak PERIOD! Haaaa...terkejut aku. Tadi dia tak cakap ngan aku macam tu. Aku dah fikir yang bukan-bukan. tapi aku cuba simpan wajah risau aku. Taknak nanti wife aku takut gak. Cool brader!

Doktor minta wife baring dan buka seluar semua. Aiikkk...aku pulak yang malu. Kih kih kih. Aku kena duduk di sebalik tabir. tapi aku dapat lihat scan yang dibuat. Baby ada. Keadaan terlentang dengan tangan terbuka. Tapi tak berapa nak faham la.



"Baby songsang ni dik!", kata-kata doktor yang pada aku umpama petir masuk ke telinga. Astaghfirullah..macamana ni..

Aku dengar Doktor memasukkan sesuatu ke dalamnya. Mengharapkan baby akan lebih tenang dan tidak banyak bergerak.Aku hanya dapat berdoa dan berselawat.

"Macam ni lah..pergi test air kencing, lepas tu naik Level 2 cek heart beat baby."

4.15pm - Setelah buat ujian air kencing, kami menuju ke level 2.Kami disuruh masuk satu bilik yang aku tengok macam wad, tapi hanya ada 1 katil. Wife diminta baring. Tak lama kemudian seorang Nurse (macam makcik-makcik la) datang dan meletakkan sesuatu ke atas perut.



"Dah nak bersalin ke dik?", tanya nurse

"Eh..belum lagi rasanya. baru masuk 7 bulan", kata kami hampir serentak. Dalam hati risau gak.

"Hmm..biasanya kalau kes-kes macam ni ada kemungkinan kelahiran pra-matang"

Haaaaa..dalam kepala aku macam-macam pikir. Kalau kena tahan wad confirm entah berapa kena dan mesti kena bedah sebab PAKSA untuk bersalin. Berapa ribu agaknya. Mana nak cekau nih????!!!!Lepas tu apa possibility nya nanti. Macamana dengan baby? macamana dengan wife aku. Okey ke dua-dua nanti? Ya Allah. Aku pulak tak prepare barang-barang baby lagi. Adalah dua tiga jenis yang dah beli. Aku pasrah. Tak boleh risau sangat. Aku cuba senyum. Biar wife aku tenang.



Tapi itulah kelebihan Hospital Swasta dan Kerajaan. Staff nya sungguh friendly yang aku rasa tak macam kat Kerajaan. Bukan tak support tapi semua orang tau. Keramahan Mak Wati (Nurse) membuatkan isteri aku tersenyum dan relaks.

Tapi aku ada pesan perlahan-lahan pada wife...

"Sayang..kalau takde rezeki kita lagi sekali ni..redha ye Sayang" Aku kena bagitau sebab tak nak dia terkejut walaupun aku tau dia mesti akan meraung gak kalau keputusannya tak bagus.

Setelah menunggu hampir 10 minit..masih tiada dengar degupan jantung baby. Alamak..macamana ni..Aku doa banyak-banyak. Mak Wati kata jangan diusap-usap perut selalu sebab salah satu sebab kontraksi adalah kerana usapan. Bila baby geli dan bergerak aktif..banyak kemungkinan akan berlaku.

Namun, Allah Maha Hebat..akhirnya kami dapat dengar jugak buat pertama kalinya degupan jantung baby kami. Lajunyaaa..macam bunyi orang tolak trolly. Hehehe



Semasa keluar dari bilik itu baru kami tahu itu adalah Bilik Bersalin. Huiissshh...


4.50pm - Mak Wati datang memberikan khabar gembira. Kandungan ok. Alhamdulillah. Kami diminta menuju ke Bilik D. Noor Aini semula.

5.24pm - Kami baru dapat berjumpa setelah kena menunggu sebentar. Doktor kata kemungkinan sebab kandungan masih 7 bulan jadi masih ada ruang kosong yang menyebabkan bab bergerak aktif. Tu yang berpusing. So far wife dinasihatkan berehat dan jangan tension-tension. Selepas itu kami mengambil ubat.

5.50pm - Kami pulang ke rumah dengan senyuman kerana inilah hari yang menduga kami sepanjang tempoh mengandung ini. Kopak duit kena RM350.00 untuk pemeriksaan hari ini. Nasib baik ble claim. Tak kisahlah...apa saja untuk Sayang dan Baby. Terima kasih kepada semua yang message dan mendoakan kami terutama mak dan ayah serta kawan-kawan.

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 9:40 PM 2 comments  

Kecemasan di hari Jumaat

Thursday, March 12, 2009

Pukul 9.40am saya terima message daripada wife,

"Sakit perut sangat..macamana ni?"

Saya terus telefon dan daripada nada suara menunjukkan yang dia macam nak menangis. Risaulah tu. Aku dengan pantas ambil kunci kereta dan terus drive ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. On the way aku call lagi. Kawan dia angkat, tatty..dia kata Kak Seed dalam Klinik PTP.

Disebabkan aku bukan staff sana, aku hanya boleh tunggu di luar sahaja. Dalam hati hanya mampu berdoa. 15 minit kemudian dia keluar. Aku tengok macam ok..cuma agak lemah. Salah makan ke? pagi tadi memang dia ada buat bubur nasi dengan ikan bilis kicap. Aku pun sental..memang ada rasa sakit sikit la.

Dalam kereta kami berbincang. Appointment di Puteri Specialist kami anjakkan ke hari ini. Sepatutnya pada 17hb ni. Tapi disebabkan hal yang berlaku hari ini, kami plan untuk ke sana pada pukul 2.30pm ini. Nampaknya terpaksa aku ambil time off.Ooppsss...bukan terpaksa..RELA.

Apa jua keputusan doktor aku akan update esok. Kepada semua doakan yang terbaik ok. InsyaAllah!

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 9:01 PM 0 comments  

Kehidupan semakin ceria

Sunday, March 8, 2009

Lama rasanya tak menaip di sini. Bukan apa sebab laptop kesayangan aku masuk kilang balik sebab rosak. So everything data sume dalam tu. Tak sempat back up. Malas nak taip bila guna komputer ofis.

Setakat ni kandungan berusia 6 bulan setengah. Minggu depan, 17 Mac appointment di Puteri Specialist, Johor Bahru. Check up biasa je. Hari tu masa cek kat Klinik kerajaan, keputusan tekanan darah wife menurun. Berat dah bertambah kepada 47kg. Waahhh berat betul.Kalau time normal (tak mengandung) baru 38kg. Hehehe kecik bini aku nih. Tapi seleranya agak kurang bila waktu petang time aku nak makan lepas balik keje. Masuk pukul 10.00 malam mulalah dia mencari makanan dan akulah yang berhak untuk mencari atau menyediakan. Selalunya aku dah standby roti Gardenia. Senang sikit. Kalau nak berat-berat takut aku je yang melantak lebih. Sebab dia tak makan banyak pun masa tu. Jadi lebihnya aku yang kena habiskan.

Tapi nak dijadikan cerita, aku dah kesan lama dah sejak kandungan berusia 5 bulan. Bila malam aku yang kerap makan lebih. Mulut mesti nak mengunyah. Tak kiralah..biskut ke..roti ke..snek ke..tapi yang ringan-ringan la. Bila sampai je rumah lepas balik dari uma mak Gelang Patah aku dah standbykan makanan-makanan tu kat depan TV. Bini aku pun pelik. Orang kata kenan anak kot (hehehe walaupun aku sebenarnya memang suka makan) tapi kali ni macam melampau. Tak caya tanya bini aku. Makanya berlumba-lumbalah kami membesarkan perut ini. Hahahaha

Kandungan semakin ligat dan aktif. Sekarang tak payah letak telinga kat perut wife dah. Aku letak tangan pun dah boleh rasa dia bergerak-gerak. Bukan setakat menendang-nendang lagi, habis satu perut mummy dia. Kadang-kadang wife ketawa seorang bila geli. Aku pada mulanya agak takut gak bila merasakan pergerakan tu. Kelakar pun ada bila tiba-tiba je bergerak. Sekarang dah boleh biasakan diri. Waktu aktif sekitar pukul 10.00 malam hingga kadang-kadang ke 1 pagi. Pukul 6 pagi pun kadang-kadang dia bergerak-gerak. Lagi-lagi kalau dengar lagu kat TV atau time aku nyanyikan untuk baby...mesti dia gerak-gerak (biasalah..sore sedaaaappp)

Tak lama je lagi. Dalam dua bulan setengah aku akan menjadi seorang Papa dan Isteriku bakal menjadi seorang Mummy! InsyaAllah..tiada apa yang akan berlaku. Terserah pada Yang Esa. Moga isteri dan anakku selamat.Amin

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 1:06 AM 0 comments  

Buat 4D scan

Tuesday, February 17, 2009




Hari ni seperti biasa kami akan buat check up di Puteri Specialist,JB. Plan hari ni nak buat 4D scan (ala yang lebih advance daripada 3D Scan la) So dalam pukul 10am kami bertolak ke sana. Sempat gak makan pagi di warung-warung yang dekat ngan Larkin Bomba. Sedap gak kat situ.

Kami sampai ke Hospital dalam pukul 11am. Tunggu punya tunggu dekat 11.20am baru dapat jumpa Doktor Noraini. Selepas beri salam aku terus cakap nak buat 4D scan. Kat sini masih murah dalam lingkungan RM60 hingga RM100 sebab machine baru dan Doktor pun belum biasa. So jadi macam testimonial la kitaorang ni.

Bila letak je Scanner kat perut.."Alamak, baby malulah..dia tutup muka pakai tangan", Kata Doktor.

Hehehe..pemalu gak baby ni. Padahal sejak malam tadi aku dah cakap dengan dia hari ni Papa dan Mummy nak tengok muka dia.emsem tak macam Papa dia. Aku cuba usap-usap perut Wife sambil beritahu secara perlahan, "Please baby,papa & Mama nak tengok baby okey ke tak", tunggu punya tunggu dapatlah aku tengok jari tangan dia yang Alhamdulillah cukup lima. Tapi tak puas hati sebab aku nak tengok muka dia.Kan dah janji ngan Papa semalam kan?

Doktor macam dah give up tapi aku buat bodoh je.Hehehe. Baby masih tutup muka pakai tangan dia. Doktor tekan-tekan perut biar tangannya bergerak. Aku terus usap perut wife dan akhirnya tangannya beralih ke bawah. Terlihat senyuman (doktor kata la..kalau dia bohong aku pun bohong) Pada mulanya aku macam tak cam apa yang aku tengok. Setelah aku tenung dan try fahamkan otak aku baru aku nampak.Alhamdulillah..Aku nampak dengan jelas. Wife memang dah lama nampak.Aku je yang blur. Emsem-emsem!

InsyaAllah bulan depan kita scan lagi ye sayang!

Masa balik kami lambat kuar parking sebab Sultan Johor baru sampai untuk rawatan diiringi Pegawai-Pegawai Istana. Sempat gak aku tengok Sultan Johor yang disayangi secara dekat. tapi takut nak ambil gambar, karang ada kena LEMPANG!

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 6:44 AM 4 comments  

Kandungan berusia 23 minggu

Thursday, February 5, 2009


Alhamdulillah..setakat ini sampai semalam kandungan sudah berusia 23 minggu, atau dengan kata lainnya minggu depan dah masuk kira-kira 6 bulan. Setakat ini takde apa-apa masalah besar. Cuma Mummy selalu cakap yang perut sakit dan mengeras bila baby bergerak. Yelah baby makin besar. Jadi ruang dalam perut makin lama makin sempit. Aku pun makin kerap main-main dengan baby. Bila balik kerja je aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang hari pada baby. Kadang-kadang (selalunya) dia akan bertindak balas dengan menendang-nendang.Hehehe suka tul. Aku rasa mesti dia bersilat kat dalam perut tu. Sian wife. Takpelah..kadang-kadang dia pun ketawa bila baby bergerak. Sekarang ni kalau aku letak tapak tanganpun dah boleh rasa pergerakan baby. Kira makin kuatla..

Minggu ni nak balik kampung. So aku pesan kat baby jangan nakal-nakal..kita nak jalan balik kampung. Nanti mummy sakit.

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 5:18 PM 0 comments  

First time beli barang baby

Thursday, January 29, 2009


Semalam 29 Jan 2009, pada pukul 8.00 malam aku dan isteri menuju ke Jusco Bukit Indah. Malam ni kami nak start cari barang-barang untuk baby. Jangka bersalin dalam bulan Jun ini. Jadi ini pun dah nak masuk bulan Februari, tapi ter'excited' sikit untuk membeli barang baby.

Aku ni manalah ada pengalaman.Samalah dengan wife. Aku tau masih awal agaknya. So kami tak tau apa barang yang perlu kami beli dahulu. Berbekalkan nasihat dari ibu bapa dan kawan-kawan, kami cari sedikit dahulu. Maklumlah..budget pun nak kena tengok jugak. Dekat 1 jam gak pusing-pusing. Tapi masih tak tau nak buat pilihan. Mana yang bagus..mana yang sesuai. Nasib baik dua doktor mengatakan baby kemungkinan besar lelaki..jadi aku suggest kat wife aku biar semua barang warna biru. Kalau pink untuk perempuan.

Tapi sebenarnya aku tengok agak mahal juga barang kat Jusco ni. Lepas ni taknak lah beli kat sini. Sorry lah siapa yang Jusco Addict tu. Betul..korang cuba bandingkan harganya.

Jadi inilah antara gambar yang sempat aku rakamkan. Macam poyo gak. Tapi excited punya pasal..aahhh peduli apa aku orang tengok. Hehehehe


Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 6:23 PM 3 comments  

Batuk teruk dan demam minggu ini

Sunday, January 18, 2009

Sejak hari Isnin, wife rasa tak sedap badan. Bawaklah ke Klinik di Gelang Patah. Doktor cakap dia demam.sikit jelah. Tapi bagi panadol & antibiotik. Sebenarnya wife fobia gak nak makan ubat-ubat tu. Ada orang kata tak boleh. Bahaya. Jadi aku suarakan pada Doktor dan dia mengesahkan ubat yang diberi tidak begitu kuat sampai membahayakan. Okeylah..

Sampai malam tadi..kira-kira pukul 3 pagi..aku dikejutkan dengan batuk teruk daripada wife aku. Macam orang tua je batuknya. Dalam mamai-mamai aku suruh dia minum air masak dan aku urut-urut dadanya. Sedar tak sedar aku tertidur. Tapi seingat aku memang tak pernah aku dengar batukan macam tu dari dia. Kesian Sayang aku. Aku pun takut nak belikan ubat batuk..lagi bahaya. Demamnya pun mungkin daripada kesan sakit gigi yang berlubang tu. InsyaAllah Sayang, masuk usia kandungan 5 bulan kita gi tampal gigi tu.

Tadi, 18 Januari 2009 pukul 1.32pm wife message menyatakan nampak ada something tersembul dekat perutnya (mungkin kaki, tangan atau kepala baby). Kedudukan statik. Sebelum ni tak pernah macam tu. Mungkin dah lagi membesar dan yang penting walaupun kandungan baru berusia 4 bulan lebih..baby bijak bertindak balas dengan persekitaran luar. Bila bising je dia mulalah bergerak-gerak. Aku kalau nak kacau-kacau atau main-main dengan dia nanti aku tekapkan telinga aku kat perut. Lepas bagi salam, aku try dengar..kalau ada bunyi bising (macam pergerakan) yang kuat maknanya dia tak tidurla..(rasanya la hehehe) So aku teruskan bercakap dan bacakan ayat-ayat Al Quran. Walaupun aku tak nampak.tapi aku tau dia pun dah mula kenal aku sabagai Papa dia. Insya Allah sayang..kita jumpa ye nanti bulan enam. Jangan nakal-nakal..nanti Mummy sakit.

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 12:27 AM 2 comments  

Keturunan aku akan berkembang..

Tuesday, January 13, 2009

Hmm..lama gak tak update.Semalam 13 Januari 2009, Selasa pagi-pagi kami dah keluar rumah. Lebih kurang pukul 6.40 pagi. Nak tau gi mana? nak gi bawak 'Mamy' baru ni ke Klinik Pergigian Kerajaan di Jalan Mahmudiah, Johor Bahru. Dah dekat 3 hari dia mengadu sakit gigi. Rupanya gigi belakang dah berlubang. Sian dia. Orang pregnant kalau sakit gigi bahaya gak. Tapi x tau ble cek atau pun tak.

Tengah jalan, boleh jem pula. Sabar je la. Kami berhenti sarapan di Jalan Sungai Chat dekat dengan Dataran JB. Last sekali sampai klinik pukul 7.45 pagi.Nasib baik tak ramai. Memang tak pernah gi sini pun. Tunggu punya tunggu samapai lah turn dia.No .1006. Tapi tak sampai 15 minit dah kuar. Aik..kata tampal gigi.

"Dr. kata tak boleh dulu. sebab lubang dah dalam. Nanti kena nerve (saraf) lagi susah", kata wife aku.

Kena datang bila kandungan usia 5 bulan. La..lagi 3 minggu gak. Sian isteri aku. Boleh ke dia tanggung sakit tu???? MC pun tak dapat. Macamana ek..last-last gi scan je la perut. Nanti boleh tau perkembangan walaupun agak lama tak gi scan. Boleh dapat MC lagi (kes malas keje ni)aku memang cuti hari semalam.

Balik umah aku masakkan bubur special untuk wife. Pandailah sikit. Ala bubur je.

Kami ke Klinik Perbidanan Tan di Tun Aminah pukul 6 petang. Masa scan aku tanya doktor, laki ke pempuan. (tak sabar nak tau). lepas doktor belek-belek, walaupun masa tu kedudukan baby meniarap.Akhirnya.........

LELAKI !!!!!!!

Alhamdulillah..kalau betul lelaki,aku suka. Tapi tak kisah pun. Janji baby sihat. Wife pun tersenyum. Ye lah.. di kalangan sepupu dan keluarga ipar, semua anak sulungnya PEREMPUAN, kalau betul lelaki..maka anak kami akan jadi LELAKI pertama dalam keluarga (macam akulah anak sulung lelaki).

Malam sebelum tidur, aku pun usik-usik baby dalam perut. Maka setelah lama menunggu hari ni 14 Jan 2009 baby mula membalas bisikan aku dekat 10 kali. Jap jap gi tepi..jap jap gi tengah..SubhanAllah best betul perasaan aku. Lama aku tunggu. Bila aku panggil 'baby sayang...papa ni', dia menendang juring ( Budak silat Gayong tau la ) banyak kali kat muka aku. Hehehe best tul. Dia nak main ngan aku. Alhamdulillah.

"Ya Allah..Kau peliharalah isteriku serta kandungannya dan hindarkan daripada hasutan syaitan yang direjam.Amin"

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 11:29 PM 4 comments  

Stay satu minggu di rumah sendiri

Monday, January 5, 2009

Wife menyatakan yang dia nak stay satu minggu kat umah sendiri di Lima Kedai. Aku on je. Takkan nak kata takleh pulak. Maka berhentilah aktiviti malam aku bersama member baik aku, Nazri (kami selalu kuar sama, berbual-bual, gosip dan berbincang mengenai cara meningkatkan sales jualan rumah) kebeulan dia juga di Dveloper UMLand, Johor Bahru.

Masuk ni dah hari ke dua. Hari pertama semalam aku bercuti. So dapatlah luangkan masa dengan dia. Gi bawak jalan-jalan ke Angsana (jalan je..gaji lambat lagi) survey barang-barang baby. Senang sikit nanti. Dah tau nak beli kat mana. Dia nak makan nasi ayam penyet lak. Nasib baik ada jual kat Bestmart, Nusa Bistari.

Tapi hari ini Sayang aku mengadu sakit-sakit perut. Dah tu nangis pulak. Hmm...cengeng gak wife aku ni. Penat kot. Dia baru je masak mee hailam untuk kami berdua. Arif belum balik lagi. Masih bercuti kerana operation hari tu. Aku pun ada tolong gak tau. Jangan ingat aku duduk je.

"Kenapa Sayang?", aku usap perutnya.

"Entahla..baby ni tak bergerakpun hai ni.selalu dia tendang-tendang", matanya dah bergenang.

"La..Baby bukan macam masa dah lahir.asyik nak gerak je..dia penat kot", aku cuba tenangkan dia.

Sebenarnya aku dah lapar nak makan mee tu. Tapi dia sakit perut. Takkan aku kejam sangat nak makan dulu sementara dia kesakitan. Aku pun usap-usap perut sambil baca-baca apa yang patut. Kadang-kadang kena cakap-cakap dengan baby. Dia dah boleh rasa getaran suara kita.

"Jangan takutkan mama ye sayang..Kesian dia.Gerakla sikit"

Setelah 15 minit wife rasa ada gerakan. Senyum sikit dia. Barulah dia selera makan. Aku pun apa lagi..MELANTAKLAH!! HAHAAHA

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 6:57 AM 2 comments  

Nak makan buah delima

"B, nanti cari buah delima eh!", aku dapat message.

Hmmm..mana aku nak cari buah delima ni. Kalau nak dengar lagu kumpulan The Lima, boleh gak aku nyanyi. Tapi nak cari buah delima. Walaupun aku pernah dengar nama buah tu. Melihatnya jarang sekali. Inikan pula nak cari. Aku mesti usahakan sesuatu..

Hari tu hari Jumaat. Masa nak sembahyang Jumaat aku bagitau member satu ofis, Shaiful..mana nak cari buah delima bro?

Lalu dia menyarankan lepas sembahyang kita gi cari kat area Taman Perling sebab kawasan tu ramai cina. Apa plak kaitannya? Dia kata orang Cina tanam untuk mendapat tuah. Lalu dari satu rumah ke satu rumah kami mencari. Rumah pertama milik orang Singapore. Berdasarkan no plat keretanya la. Aku tekan loceng. dekat 5 kali..tak ada yang menyahut. Padahal pintu terbuka. Tiba-tiba aku tengok dah tertutup pintunya. Hmmm..payah gak ni mentaliti orang. Tapi apa nak buat.

Banyak gaklah rumah Cina yang tanam buah tu. Tapi semua kedekut. Asal tekan loceng je tak nak bukak. Agaknya diaorang ingat kami Salesman jual barang kot memandangkan kami memakai pakaian kerja yang agak formal. Akhirnya setelah dekat 5 buah rumah. Kami berjaya menemui. Itupun ada sebiji je. Bolehlah. Uncle tu kata diaorang tak makan pun buah tu. Aku cakap untuk wife tengah pregnant. Baik hati dia.Orang Johor. Agaknya dia pun faham. Thank you uncle. Buat pengetahuan semua buahnya macam ni la..





Tapi itu gambar aku amik kat internet. Buah yang sebenar takdelah merah macam tu. Susah nak makan buah ni sebenarnya. Bijinya banyak. Isi sikit je.

Tapi bila aku sampai rumah, wife terus meluru kat aku minta kopekkan buah tu. Dia makan macam tak pernah jumpa. Terus minum airnya. Pelahap betul. Aku rasa ini memang betul mengidam. Sebab sebelum ni dia mintak-mintak je. Tapi takdelah bila dapat berkelakuan macam ni. hehehehehe. sorry sayang.Bocor rahsia.

Posted by Mohd.Noor Azam bin Ateh. at 6:46 AM 3 comments  

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License